Disula sebab rokok dan makanan..babi punya orang!!!

Saturday, March 6, 2010 at 11:45 PM
Terpanggil mahu baca harian metro hari ni sebab kes sula junior dalm tentera. Aku dapat tahu dari mak aku. Terus aku carik dalam metro online. Pergh..baca tajuk pun aku dah rasa punya cilake babi hanjeng senior yg buat budak tu macam tu. Babiii!!!!! Kalau dpat pukul ramai2 kat luar memang bagus dasar orang macm ni.

Nak kata junior dh 6 tahun dalam askar..6 tahun siot. Ntah apa punya sistem senior pn aku tak tahu..Bengap!!! Aku tau juge macam mana cara hidup sojar2 ni. Sebab kuarga aku ada yg jadi sojar 2-3 orang. Dh macam2 aku dengar. Yg terbaru ni mmg cilake habes...kejam dan tak berperikemanusiaan langsung. Ni yg kita tau dan terbongkar...yg tak terbongkar tu lagi banyak sebenarnya.

Memang la gaya hidup diorang, ragging disiplin, denda sume tu nak kasi budak 2 sojar ni keras dan lebih gagah dulunya. Tp semakin hari manusia semakin keras dan zalim. Semakin menjurus kepada keganasan. Bila dapat peluang, kuasa dan berada di atas..kau nk menzalimi orang lain mmg sah2 lagi cilake kepala hotak tu utk mencederakan orang lain. Smpi ke tahap yg mmg mcm babi.

Last2 sojar tu yg patutnya shahid di medan perang, perang nye tidak tapi cacat sebab dianiaya rakan setugas sendiri. Mmg cilake lah. Dan sllnya bila kuar kes camni, yg report ni pun akan diberhentikan dari askar. tu yg aku dapat tau la.

Aku doakan yg menzalimi orang ni, terutamanya senior2 bahalol dlm kes ni akan ditimpa bala yg dahsyat...!!!!

Dipijak hingga pecah kepala, badan terputus dua, dibakar hidup-hidup

Monday, March 1, 2010 at 8:44 PM
Nafas rahim terkepol2. Mengah dia berlari macam unta padang pasir yg tak dapat air lepas 2 bulan berjalan solo tanpa tuan.Dia hampir2 pitam tp terpaksa digagahkan juge larian beliau. badannya sudah lebam2 di sana sini. Setiap inci tubuhnya bagai dikokak oleh raksasa ganas berekor sembilan...terkopak sana sini. Darah melejer2 sepanjang jalan yg dilalui oleh Rahim.

Rahim sudah terasa mahu mati tapi peliknya nyawanya tidak juga mahu meninggalkan badan nye yg gempal huduh berbulu itu. Dia begitu takut..dia yg begitu terkenal dengan panas baran nya, dengan sikapnya yg sering mendapatkan keputusan dengan buku lima beliau. Dia begitu gah dengan badan besar nya yg sering membuatkan lawannya takut. Setiap barannya pasti berakhir dengan darah orang lain. Dia begitu bangga dengan baran dan sikap bengisnya. Tp sume itu tidak lagi bermakna. Lawan Rahim kali ini jauh lebih handal darinya.

GIYARGGGGHHHHHHHHHEEERIIIIIIIIIIEEEEKKKKKKKKK!!!!!!!

Teriakan itu bergempita ke segenap ruang alam..Bunyinya begitu menakutkan. Mendengarnya saja sekujur tubuh Rahim terasa dicarik-carik. Luka dan tobek di serata badannya semakin dihiris oleh setiap teriakan makhluk misteri tersebut. Rahim cuba lagi berlari namun nyata sekali usaha itu sia2.

Berdiri di hadapan Rahim seekor makhluk yg susuknya seperti manusia biasa, tetapi bermata satu, bertangan 4 dan matanya merah menyala. Melihat matanya saja tekak Rahim serta merta begitu kering dan kehausan. Raksasa itu tersenyum melihat Rahim.

LAUKKKKK!!!!~~~~~~~~~~~



Lalu tanpa Rahim sedar, pipinya dihinggap oleh satu objek keras, sekeras besi waja. Makhluk tadi menendang Rahim sekuat hatinya. Tercampak Rahim dr tempatnya berdiri. Rahangnya luluh hancur. Rahim tidak mampu berteriak sakit kerana mulutnya sudah tiada di tempat yg sepatutnya. Mulutnya yg seringkali mengeluarkan kata kesat pada sesiapa sahaja yg beliau benci itu hancur bersama gelap suasana.

Darah melejer keluar..terjelopok Rahim ke tanah. Baru sahaja kepala Rahim menyentuh bumi, satu hentakan padat yg beratnya bertan tan menghentak keras kepala Rahim tadi. Pecah berkecai kepala Rahim. Akan tetapi Rahim tidak pula mati. Dia tetap hidup. Nyawanya tidak meninggalkan jasad beliau. Rahim dapat merasa setiap rasa perit, maut setiap saat dan detik kepalanya hancur. Tidak terbayang dengan kata2 kesakitan yg Rahim alami.

Makhluk tadi tidak memberi erti kasihan. Dirobeknya belakang Rahim dengan cakarnya yg begitu tajam keras. Terputus dua badan Rahim. Pinggang dan kaki rahim meninggakan badan dan kepalanya. Habis semua isi perut Rahim bertaburan di sana sini. Namun Rahim tidak juga mati. Nyawanya masih utuh di dalam jasadnya. Segala kesakitan yg tak terperi dan tergambar itu dapat dirasai oleh Rahim. Betapa seksanya Rahim.

Sesudah terputus dua, tidak berkepala tubuh rahim, Makhluk tadi menghembuskan api hitam yg marak panas tidak terkata. Jauh lebih panas dari matahari membakar 2 kerat tubuh Rahim tadi. Terbakar hangus tubuh Rahim. Derita terbakar tadi pula tetap Rahim rasai. Dia tidak mati selepas kesemua itu. Tiba2, tubuhnya pulih seperti sediakala. Makhluk tadi tersenyum seraya ingin mengulangi segala2 yg baru sahaja Rahim lalui tadi. Rahim cuba utk larikan diri dari makhluk tadi. Tapi, segala2 kesakitan yg baru sahaja Rahim rasai sesaat lalu berulang dan terus berulang. Setiap kali tubuhnya hilang menjadi debu, ia akan kembali seperti sediakala utk diseksa oleh makhluk tadi.

Rahim yg waktu hidupnya membunuh budak berumur 3 tahun dengan memijak menendang budak itu kini menjadi ratahan makhluk tadi....Dan semua derita yg berjuta kali lebih dahsyat itu akan Rahim lalui sehingga tiba saat segalanya dimaafkan.

Qi Mo Ci | Powered by Blogger | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com